Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Terlebih dahulu saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog saya ni. hari ni terasa free sangat bila anak-anak semua dah masuk tido. Dengan masa yang terluang ni saya ambik kesempatan untuk berkongsi dengan sesiapa saje yang sedang pening memikirkan hal barang hantaran perkahwinan atau pertunangan.
Biasalah bila majlis pertunangan ni, pastilah kita sibuk nak cari barang untuk dijadikan hantaran sebagai memenuhi adat budaya kita yang kita dukung sejak berzaman lagi. Antara tips untuk mencari barang hantaran
1. Buat bajet
dalam apa-apa hal sekali pun kita mestilah ada bajet. nak buat rumah pun kene ade bajet, nak buat pondok pun kene ade bajet apatah lagi kalau kita nak bina masjid. Tak kisah la bajet kita ni banyak atau sikit yang penting itu semua bergantung kepada kemampuan masing-masing. seandainya bajet kita besar maka... besarlah belanja kita begitu lah juga sebaliknya.
2. Rancang perbelanjaan
Sebelum kita membeli barang hantaran kita haruslah ada perancangan. Jangan sesuka hati je nak beli tanpa merancang apa yang kita mahukan dalam hantaran kita. Takut nanti bila dah beli Tak nak pakai pula, kan dah membazir namanya. Sebaik-baiknya senaraikan setiap barang keperluan yang kita perlukan untuk hantaran kita nanti.
3. Berbincang
Berbincang dengan pasangan atau dengan keluarga juga merupakan salah satu cara yang baik untuk kita mendapatkan ilham mencari barangan hantaran. Dengan perbincangan kita boleh bertukar-tukar idea atau mengetahui apakah barang yang perlu dan tak perlu kita beli jadi pembaziran boleh dielakkan:)
Dengan adanye teknologi moden hari ini, kita boleh dapatkan macam2 info yang boleh kita perolehi. Oleh itu gunakan sebaik2nya untuk merancang barang hantaran dihari bersejarah anda nnti:)
Disini saya ada cadangan umtuk hantaran dihari bersejarah anda. CAntik dan unik inilah dia bakul pastry bersama tart berbentuk buah-buahan yang comel. jika berminat boleh hubungi saya 0133030902 RAFIDAH @o166o47207 -rahifah
atau boleh juga lawati fb page saya untuk melihat pelbagai koleksi gambar yang menarik
www.facebook.com/CoklatQaseh jangan lupa like!
TQ