Tuesday, 31 July 2012

PROMOSI COKLAT RAYA ~ COKLAT CLUSTER

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke-12 kita berpuasa, Alhamdulilah kerana masih diberikan kesihatan dari yang maha Esa utk menunaikan ibadah. Walau berpuasa, usaha untuk memenuhi tempahan coklat juga xdilupa... Alhamdulilah rezki di bulan puasa. Malam tadi sempat buatkan coklat utk customer. Kebetulan mereka nak coklat mggu ni. Alhamdulilah xlah sesak hujung mggu berpuasa nnti utk memenuhi oder yg lain.Semoga mereka berpuas hati dan oder lagi dilain kali :) . Tidak dilupa juga coklat yg dioder untuk ibu mengandung pada mggu lepas, terima kasih & semoga dpt baby yg cOmeL;)


Coklat cluster


~ 30PCS     RM 12.00

~ 50PCS     RM20.00

Friday, 20 April 2012

KASUT BAYI (PRE-WALKER)

KASUT COMEL-COMEL UNTUK SIMANJA YG BARU PANDAI BERJALAN....;)

PINK RIBBON
BRAND: MOTHERCARE
Size: 0-6m, 6-12m, 12-18m.
Price rm27/pair
MONKEY FACE
BRAND: MOTHERCARE
size: 0-6m, 6-12m, 12-18m.
retail price rm27/pair

CAT FACE
BRAND: MOTHERCARE
size: 0-6m, 6-12m, 12-18m.
retail price rm27/pair

CHOCOLATE GUESS
BRAND: GUESS
size: 0-6m, 6-12m, 12-18m.
retail price rm28/pair

HARGA BARANG TERMASUK POS :)

Monday, 16 January 2012

Doa agar memperoleh zuriat yg menyejukkan hati

Zuriat adalah anugerah ilahi yg tidak ternilai harganya. Insan kecil inil adalah peyeri kebahagiaan sesebuah keluarga. Bukan hanya kasih sayang namun didikan yang sempurna adalah penentu keperibadian insan kecil ini. Ibu bapa adalah contoh yg terbaik untuk anak-anak. Peranan ibu bapa bukan saja sebagai pendidik, namun ianya lebih dari itu.

Menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak. Namun berjayakah kita membentuk keperibadian yang sempurna dalam diri?.Persoalan yang mudah namun hanya kita saja yang mampu menilainya. Betapa beratnya tanggungjawab ibu bapa bukan saja sebagai pendidik namun sebagai contoh yang baik untuk anak-anak. Mampukah kita menjadi ibu bapa yang hebat di dalam dunia arus pembangunan yang serba mencabar ini?. Tepuk dada tanyalah selera.

Pendidikan yang seimbang perlu diterapkan bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Teringat kata-kata seorang ustazah semasa berceramah di tv satu ketika dulu... Jika kita mendidik anak-anak untuk ilmu duniawi, dia akan berjaya didunia ini namun jika kita mendidik anak-anak dalam ilmu akhirat insyaallah dia akan memperoleh kedua-duanya. Insyaallah.... Semoga kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
http://anakkusoleh.wordpress.com/2008/04/15/doa-untuk-anak-soleh/
Anak anugerah ilahi