Saturday, 14 September 2013

BAKUL PASTRY ~ HANTARAN INDAH DAN UNIK DIHARI BERSEJARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kepada yg sudi singgah ke blog kesayangan saye ini. Sejak saya buka promosi untuk bakul pastri ni, mcm2 feedback yang sy terima. Terima kasih juga kepada sesapa saje yg sudi bertanye.

Untuk makluman pembaca semua, bakul pastri ini diperbuat daripada adunan tepung, boleh dimakan dan dihiasi dengan tart berbentuk buah yg comel. Sangat sesuai untuk dijadikan hantaran dihari bersejarah anda. Boleh juga dibuat sebagai hamper untuk menziarahi saudara mara @sesiapa saje kenalan anda.

Ade juga yg bertanye dimanakah tempat saya beroperasi?.. kepada sesiapa yg masih xtahu, saya beroperasi di PPR PANTAI RIA, PANTAI DALAM KL & KG JENJAROM KUALA LANGAT SELANGOR. Setakat ni saya xpernah lagi membuat perkhidmatan pos untuk bakul pastri, kerana sy agak risau seandainya bakul pastri yg saya pos itu nnti tidak sampai dengan sempurna, manelah tau incik posmen ade terjatuhkan bungkusan dan bila sampai kpd customer dah pecah seribu plak. Sedih plak hati. Sekiranya ade permintaaan dari pembaca blog ini untuk pengeposan, insyaAllah saya boleh poskan untuk design tertentu sahaja spt pinggan pastry.

Ade juga yg bertanye kpd saya, mcm ne rasa bakul ni?.. struktur pastry yg agak keras same mcm kuih siput@kuih gunting tp tetap boleh dikunyah dan dimakan untuk yg bergigi.. yg xde gigi tu mungkin boleh cicah dgn air kopi  atau air teh pun boleh:). Rasanya plak sama mcm biskut kering.

Penghantaran pula, sebenarnya saya tidak kisah tentang penghantaran, untuk sesiapa yg boleh dtg sendiri ke rumah saya untuk mengambil pesanan amatlah saya alu2kan. kerana buat masa ni sy tak dapat nak bergerak dan pergerakkan agak terbatas kerana anak sy masih baby lagi:). Jika sebelum ni sy boleh berjumpa dgn customer dimana2 untuk serahan pesanan tapi kali ni saya agak terbatas. InsyaAllah sekiranya saya ada pembantu iaitu pembantu setia saya iaitu suami tersayang xsibuk dgn kerjanya mungkin boleh saya membuat serahan barang pesanan seperti yang dijanjikan. Atau boleh juga kepada sesiapa yang inginkan penghantaran sehingga kedepan pintu rumah anda, anda hanya perlu tambahkan duit penghantaran sebanyak rm1o@lebih mengikut kawasan anda dan saya akan menghantar sesiapa saje yg sudi menjadi penghantar barang. Tetapi bergantung kepada kekosongan. Sekiranya perkhidmatan penghantaran ini xtidak boleh dilaksanakan saya akan maklumkan kepada anda.

Sempena kelahiran anak lelaki yg tersayang, saya lanjutkan lagi harga promosi untuk bakul pastri+tart buah sehingga hujung tahun ini. Untuk harga boleh call saya@sms insyaAllah saya akan reply secepat mungkin.



Kepada sesiapa yang berminat bolehlah, call @sms saya ditalian013-3030902 RAFIDAH @ 016-6047207 RAHIFAH
Jangan lupa singgah la ke fb page Coklat Qaseh, boleh cuci mata dengan gambar2 yang menarik disana Coklat Qaseh tq:)


Wednesday, 11 September 2013

RESEPI KUIH TALAM PANDAN 2

Assalamualaikum

hari ni nak share lagi 1 resepi kuih talam pandan. resepi ni cuma guna tepung gandum. sebelum ni salin kat buku resepi tp xingt ambik kat blog mane. saye buat talam ni separuh adunan dari resepi yg asal. kalau sebelum ni saya ade kongsikan resepi talam menggunakan baki adunan kuih bakar, tapi kali ni lain skit sbb adunan ni mmg sy bancuh khas utk kuih talam ni. Saje rajinkan diri untuk buat kuih talam khas utk suami bekpes pagi ni. Harap2 dia sukalah... insyaAllah

resepinye adelah spt dibawah... lepas ni bleh la saye cuba lagi:)

 BAHAGIAN BAWAH
1 1/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1 1/2 cwn santan cair
1/2 cwn air pandan
sedikit pewarna hijau

LAPISAN ATAS
1 1/4 cwn santan pekat
1/2 cwn tepung gandum
sedikit garam


caranye same je mcm buat kuih talam yg lain. kukus adunan yg bawah dahulu selama 15minit atau sehingga permukaan atasnye agak kering kemudian masukan bancuhan bahagian atas dan saye kukus lagi selama lebih kurang 1jam. Jangan lupa tapis adunan sebelum dikukus untuk mendapatkan adunan yang cantik dan xberketul2. tutup pengukus tu saye alas dengan kain supaya air xmenitik diatas kuih. kukus dgn api yang sederhana


Jangan lupa carikan sedikit permukaan bahagian bawah yg berwarna hijau sebelum tuangkan adunan yg berwarna putih, ini supaya kuih tadi bercantum dengan baik 
dah siap carik... jadi bleh tuangkan adunan atas yg berwarna putih...


gambar utk adunan yg dah siap xambik lagi... jadi saye akan update lagi gambar dgn adunan yg dah siap nnti. skrg tgh tggu kuih masak lps tu boleh hidang utk suami tersayang dgn kuih talam pandan utk bekpes pagi ni:)

Saturday, 31 August 2013

JUST BE YOUR SELF!!

Kadang2 dalam hidup ni memang kita tak boleh nak lari dari kerenah manusia. Kadangkala kerenah tu sangat menguji kesabaran dan ade jugak yang kite sendiri pun tak peduli sikit pun. Kadang2 jugak rase marah tu ade bila tengok kerenah orang yang tak faham tentang ape yang kita lakukan. Kata-kata yang berbisa kadang2 memang boleh membunuh rase yang ada. Apatah lagi nak melayan kerenah orang yang agak berumur dari kita. tak patut rasenye kalau kita nak marah, xde gunanya. Hanya kesabaran dari mu ya Allah yang menjadi pendinding dalam hidup ini.

Kadang2 jugak tanpa kita sedar, kita pun mungkin pernah jadi macam tu. TApi aku harapaku xjadi macam tu, sesuka hati kecikkan hati orang. Sebab aku sentiasa pegang prinsip aku yang dah tertanam sejak dari aku kecik lagi... itulah didikan yang mak bapak aku semaikan. Walaupun mereka juga tidak sesempurna seperti insan lain. Manusia ade kekurangan dan kelebihan sendiri... Apepun yang jadi disekeliling aku, hanya satu falsafah dan pegangan dalam diri ku ini yang akan ku pegang... lantaklah orang, biar aku menjadi diri aku, yang ade pegangan dan tujuan dalam hidup aku. huh....



Wajah-wajah kesayangan hamba, hanya mereka la sumber kekuatan dihati bonda!...

Wednesday, 21 August 2013

RESEPI KUIH TALAM TEPUNG GANDUM PANDAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Kali ni nak share resepi kuih talam tepung gandum yg saya olah sendiri. Sebelum ni saya ada berkongsi resepi kuih bakar pandan. Kebetulan waktu saya buat kuih bakar pandan ada lebihan bancuhan adunan untuk kuih bakar tu, saya simpan ingatkan nak bakar utk hari esknye.... tapi nnti sape nak mkn kalau sy buat kuih bakar lagi.. takut incik abang saya jemu plak sarapan kuih bakar. Disebabkan takut nnti die jemu nak mkn kuih bakar je jadi saya olahkan jadi kuih talam.

Bahagian lapisan hijau ni asalnye adalah lebihan daripada adunan kuih bakar pandan. Lebihan tu sy simpan dlm fridge. Kemudian saya kukus dalam pengukus lebih kurang 30min. Penutup pengukus tu saya bungkus dgn kain supaya air xminitik atas kuih. Cantik juga adunan kuih bakar ni bila dikukus. Kemudian lapisan atasnya yg berwarna putih saya gunakan 1cawan tepung gandum+1sudu makan tepung jagung dan 2cawan santan pekat berserta sedikit garam. Bancuh kesemua bahan2 tersebut kemudian carik2kan sedikit bahagian yg berwarna hijau tadi dgn garfu dan tuangkan adunan yg berwarna putih tadi. dan saya kukus semula selama 40min. Dan inilah hasilnya :)... bolehlah buat bekpes utk incik abang saye.

Rasa kuih ni sedap, manis pada lapisan hijau dan masin dibahagian adunan yg berwarna putih. Bagi saya seimbang rasenye sbb ade manis dan masinnye. Bahagian hijau cantik bila dikukus xlembik dan xkeras sgt... sederhana je kekerasannye. Tp bahagian putih pada sy xterlalu lembik tp dari kekemasan agak kurang skit. Boleh dipotong dan lembut je dimakan. mgkin lps ni saya nak cuba guna tepung beras pula utk bahagian lapisan atas. Waktu nak potong kuih ni agar cantik bentuknya jgn lupa oleskan sedikit marjerin pada permukaan pisau kita agar kuih ni xmelekat waktu nak potong.



Anak2 pun suka... Tapi anak no 2 saye suka makan bahagian lapisan hijau je.. yg putih semua ditinggalkan... sbb yg hijau manis yg putih tu masin...

JOM SINGGAH KE FB PAGE KAMI :) COKLAT QASEH :)

Tuesday, 20 August 2013

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN /KEMBOJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sejak bulan puasa yang lepas, nmpk banyak sgt resepi2 kuih yg sedap2 dan cantik2 kat fb. Memang sgt2 menggoda jiwa untuk mencubanya. Salah satu resepi yg saya teringin nak cuba... haaa ini lah die resepi kuih bakar pandan... ade org panggil kuih bingka.... ade yg panggil kuih bingka pecah lapan... tp xkisah la ape pun namanye... yg pastinye resepi lebih kurang mmg sama je....

Resepi kali ni saya ambik dari blog azie kitchen, kuih bakar pandan . Saya tgk gambar yg diambil sgtlah cantik... Rasa kuih ni mmg sedap n kuihnye agak lembut sedikit. Saya bakar kuih ni lebih kurang 1jam 30min dengan api 180c. Bergantung pada oven masing2. Mcm oven saya ni kdg2 bila bakar kek/kuih mcm ni sy kene lebihkan masa untuk membakar bahagian bawah sbbnye kdg2 atas permukaan nmpk dah masak cantik tp dalam dan bawahnye masih <masak... jd semua ni bergantung pada oven masing2... :D hanya kita yg mengenali bagaimana oven kita berfungsi...






Disini saya kongsikan resepi kuih bakar pandan untuk rujukan saya dan sesape je yg berminat dimasa akan datang. Resepi ni saya Copy dari blog azie kitchen. Selamat mencuba....

JOM SINGGAH KE FB PAGE KAMI COKLAT QASEH

Kuih Bakar Pandan

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan 450 ml)
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

Cara-Cara
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.

Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.

Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (bakar selama 
1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir)

Wednesday, 14 August 2013

SENARAI HARGA COKLAT 2014



Coklat Qaseh
Homemade Chocolate
Owned by: Galaxy Rania Resources (001989774-T)
call/sms : 0166047207
email: coklatqaseh@gmail.com
SENARAI HARGASAIZ-HARGA1BIJI            30PCS           50PCS
COKLAT CLUSTER - RM                  0.45 RM               13.50 RM               22.50

COKLAT
(MILK/ DARK /WHITE)
KECIL RM                  0.60 RM               18.00 RM               30.00
BESAR RM                  0.80 RM               24.00 RM               40.00
COKLAT
(MILK/DARK/WHITE)  + BADAM/KISMIS
KECIL RM                  0.80 RM               24.00 RM               40.00
BESAR RM                  0.90 RM               27.00 RM               45.00





      







1. COKLAT CLUSTER (HOT SALE FOR HARI RAYA!!!!)
 (CORN FLAKE+BADAM+BUBLE RICE)


~ Mengandungi cornflakes, hirisan almond, buble rice dan coklat, rasenye sedap dan crunchy! ... perlu disimpan didalam bekas yg kedap udara.. bagi memastikan mutu dan kualitinya tidak terjejas

2. COKLAT (MILK, WHITE, DARK)


~Dihasilkan daripada coklat compound yg sedap dan rasenye setanding coklat dipasaran, tiada isi  @ ape2 filling.. yg pastinye rasa coklat ini tidak berminyak seperti sesetengah coklat...

3. COKLAT (MILK, DARK, WHITE)+ ALMOND, BADAM, KISMIS


white chocolate

white chocolate+dark chocolate (berlorek)
~

(pic yg ni ikhsan from google)

 Sebenarnye coklat jenis ni sama je mcm yg gambar kat atas ni, cuma saje je saya letak gambar lain... :) bezanya cuma coklat ni ada isi didalamnye mengikut pilihan dan citarasa masing2...

HANTARAN UNIK ~ BAKUL PASTRY~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah dan syukur kpd Allah s.w.t dengan limpah dan rahmat yg diberikan, esk genaplah 50hari sy berpantang slps melahirkan putera comel saye. Kalau sebelum ni saye ade mengadakan promosi utk bakul pastry sehingga bln Jun saje sempena saye cuti bersalin tp  bermula 31 Ogos hingga akhir tahun iaitu bulan December 2013 saya berhajat untuk meneruskan untuk memberi harga promosi dengan setiap  tempahan bakul pastry sehingga bulan December 2013. Kepada sesiapa yg berminat dengan hasil kerja saya bolehlah menghubungi saya @sms pun boleh ke no 016-6047207

BAKUL PASTRY BERTANGKAI


BAKUL PASTRY XBERTANGKAI


 TART BERBENTUK BUAH2HAN


Bila dah lepas pantang ni semangat utk menerima oder bakul pastry semakin membuak2. Rindu rasenye nak menghasilkan bakul pastry yg cantik dan tart yg comel2. Apepun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yg pernah membeli hasil bakul pastry dari saya. Sokongan anda amat saya hargai:)  

SINGGAHLAH KE FFB PAGE COKLAT QASEH:)
https://www.facebook.com/CoklatQaseh?ref=hl

TERIMA KASIH!