Friday, 5 April 2013

RESEPI TART NENAS GULUNG :)

Assalamualaikum dan salam Jumaat :)

Dalam diam2 rupe2nye dah masuk bulan april. Dan dalam diam2 juga teringin plak nak cuba buat tart nenas sendiri. sebelom ni cuma tolong mak kat dapur dan makan yang ade kat kedai je. Kali ni dapat ler merasa buat sendiri tart nenas yg comel2 untuk diri sendiri dan family yg kucintai:)

Banyak versi resepi yang ada kat internet ni, tp saya teringin nak cuba yg ada disebuah blog ni, rasenye juga sedap dan kalau sesape nak cuba boleh la cuba sendiri resepi kat bawah ni:)


tart nenas yang baru siap dibakar


dapat la 2 bekas penuh tart nenas comel

Resepi tart nenas gulung

Bahan-bahan 

1. buttercup 250 gram = seketol lah tu
2. Tepung gandum 300gram
3. Gula Icing 40gram
4. Tepung jagung 40gram
5. Esen vanila sikit
6. Pewarna kuning sikit.
7. Telor sebiji

8. Jem nenas (beli siap kat bakery)

Cara buat kulit tart 

1. Pukul butter dan gula icing guna mixer dgn perlahan.
2. Masukkan telor dan pukul.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta esen vanilla dan perwana.
4. Dah siap untuk diuli. .
5. Terapkan adunan, letak inti, Sapu kuning telor atas tart tadi dan bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit.

SELAMAT MENCUBA:)
jom singgah ke page coklat saya :-COKLAT QASEH