Monday, 11 February 2013

RESEPI PULUT SERUNDING

assalamualaikum semua,

Selera makan yang xdpt di tahan2 ni telah menyebabkan saye tergoda untuk mencuba membuat pulut panggang. Semua ni adelah kerana kerajinan diri ini melihat resepi2 dari blogger lain... gambar2 tu memang cantik2 dan menggoda jiwa... Namun disebabkan ketiadaan daun pisang di rumah ni... maka resepi asal pulut panggang telah diolah menjadi pulut serunding:) same je rasenye cuma bezanye serunding diluar...

                                                      
Pulut serunding

Mari kita kongsikan resepi ini bersama:)

Bahan-Bahan Untuk Pulut :
  • Beras pulut 
  • Santan kelapa
  • Garam secukupnya
  • Daun pandan
Cara Membuat Pulut :
  • Cuci beras pulut dan toskan 
  • Letak beras pulut dalam loyang
  • Masukkan santan dalam loyang itu
  • Masukkan garam dan daun pandan
  • Kacau sehingga larut garam dalam beras pulut yang bersantan itu
  • Kemudian masukkan dalam pengukus yang telah di didihkan airnya
  • Tutup penutup pengukus dan kukus hingga masak pulutnya
Bahan-Bahan Untuk Serunding Kelapa :
  • Kelapa parut
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai - diracik halus
  • Halia 
  • Cili kering - direbus
  • Udang kering - direndam
  • Garam, gula secukup rasa
  • Bancuhan air asam jawa
  • Serbuk kunyit - sedikit 
Cara masak serunding
Blendkan bahan2 seperti bawang merah, putih, serai, halia, cili kering dan udang kering. Kemudian tumiskan bahan2 blend tadi sehingga masak kemudian masukkan kelapa parut dan serbuk kunyit gaul hingga sebati dan goreng hingga masak. perasakan dengan garam dan gula. yang penting gula kene lebih bagi sedap.

Apabila serunding siap, kepal2kan pulut dalam bentuk bulat dan leperkan kemudian golek2kan pulut tadi diatas serunding. sedia untuk dimakan!

suber ilham untuk membuat pulut serunding saye ni saye rujuk di blog ini... :)
http://aznanie.blogspot.com/2012/05/resepi-pulut-panggang.html