Menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak. Namun berjayakah kita membentuk keperibadian yang sempurna dalam diri?.Persoalan yang mudah namun hanya kita saja yang mampu menilainya. Betapa beratnya tanggungjawab ibu bapa bukan saja sebagai pendidik namun sebagai contoh yang baik untuk anak-anak. Mampukah kita menjadi ibu bapa yang hebat di dalam dunia arus pembangunan yang serba mencabar ini?. Tepuk dada tanyalah selera.
Pendidikan yang seimbang perlu diterapkan bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Teringat kata-kata seorang ustazah semasa berceramah di tv satu ketika dulu... Jika kita mendidik anak-anak untuk ilmu duniawi, dia akan berjaya didunia ini namun jika kita mendidik anak-anak dalam ilmu akhirat insyaallah dia akan memperoleh kedua-duanya. Insyaallah.... Semoga kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..
DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
http://anakkusoleh.wordpress.com/2008/04/15/doa-untuk-anak-soleh/
Anak anugerah ilahi